Wednesday, 31 August 2016

[RESEPI] Kentang rangup Rosemary

hari nie addinfarhani nak share satu resepi nie...
kali nie bukan addinfarhani yg masak,
but my mom yg masak..
addinfarhani jadi tukang tengok+tukang makan jaaa....

so, ini dia...
Kentang Rangup Rosemary


currently kat umah nie ada 6 org jer...
(xcukup sorg; adik lelaki aku still ada kat KL...)
so, basically this recipe utk 6 org yg besar2 makan yerr...

bahan-bahan
10 biji kentang
serbuk Rosemary (my mom guna yg Tesco tu jerr)
garam
minyak utk menggoreng

1~ basuh kentang2 tu bersih...
xperlu kupas kulit...
just basuh kulit tu bersih2 utk buang tanah
yg melekat kat kulit kentang...
then potong la besar2 mcm dlm gambaq tu...
my mom potong 12 utk sebiji kentang....

2~ rebus kentang tu sampai empuk...

3~ bila dah empuk, toskan kentang tu..
biarkan ia sejuk sekejap...
my mom biar dlm 30 minit macam tu laa...

4~ goreng kentang2 tu sampai jadi keemasan...
then letak dalam satu bekas..
lepas ni nak kena bakar pula...

5~ Di dalam bekas yg berisi kentang2 tu, letak sedikit minyak...
my mom letak lebih kurg 3 sudu besar...
sesapa ada olive oil lagi elok laa but my mom
guna balance minyak utk goreng kentang tadi...

6~ then, taburkan sedikit garam dan serbuk Rosemary...
serbuk Rosemary tu, letak jer ikut suka hati... 
klu ikut my mom buat,
dia tabur lebih kurg 2 sudu besar makan...

7~ lepas tu, gaulkan garam, minyak and serbuk Rosemary hingga sebati....

8~ then masuk dalam oven and bakar selama 3 minit...
klu nak guna periuk ajaib tu pun boleh...
agak2 dah jadi keperangan,
dah boleh angkat dah...

sedia untuk di~ngapppp.....

-----------------------------------------------------

kat luar mendung jer dari pagi tadi...
so, mmg dok umah jer lah hari ni...
and menu utk makan tgh hari tadi adalah...

alhamdulillah... kenyang~~~
(^^,)